Tuesday, March 28, 2017

Got engaged! 💍

Assalammualaikum.

Alhamdulillah, finally the person who said that he loves me really showing his effort. Dia betul betul tunjuk that all what have been said to me is true! Syukur sangat. Tarikh 28 January 2017 sangat bermakna.
☺️

Taktaw nak rasa apa. Tapi happy tue ofcourse laaa. Semua nie tak plan pun. And aku tak pernah bukak mulut pun dekat dia bila nak merisik ke or tunang dulu ke. Sebabnya aku still study. And aim aku nak habiskan study dulu. Bukan maksud aku tak pikir planning nak kawin ke apa. It just not my priority. Tapi sapa sangka. Aturan Allah semuanya. Alhamdulillah.

Bila diingatkan balik pun macam lawak. Sebabnya everything happen in one week! Dua dua belah pihat setuju nak ikatkan kami dalam masa seminggu je perbincangan. Ceritanya mcm nie. Hari tue aku ada ikut family aku pegi kenduri dekat sepang. Mcm rombongan lah jugak sbb satu bas kami pegi and tue semua sedara mara mak aku. Then masa nak balik tue mintak bas drop kan aku dekat ipoh sebab esoknya aku posting. Tak kan nak balik parit buntar pastue pegi ipoh pulak kan. Dah sehala. Then bus driver tue cakap dia boleh drop tepi highway tambun je. Takleh masuk dalam. Nak tak nak kena call la someone utk pick up aku. Disebabkan tadak org lain dah dlm kepala otak nie so aku mintak la dia ambikkan. Mak okay je. Abah la mcm berat sikit. Huhu. Tapi nak buat cemana. Dah malam sama. Then dia standby tepi highway nak ambik aku. 2 jam jugak la dia tunggu. Tabah betul. Hahahaha. Then dah sampai tue abah sempat la salam dia even tak turun pun. And cakap kat dia "wan pakcik mintak tolong naaa. Hantaq syira balik". Tue ja sambil senyum pastue dia pun angguk. Hahaha.

Then kami pun balik laaa. Nak jadi ceritanya esok tue. Dia wasap aku. Dia kata mama abah duk interview dia bila nak ikat syira apa. Pastue dia suruh aku siap dia nak ambik. Dia kata mama abah nak sembang pasal nak ikat. Memang daripada awal lagi kami kenal dia selalu kata. Dia kalau boleh nak ikat aku cepat2. Masa tue buat taktaw jaa. And keep reminding aku nak habiskan study dulu. Lepastue baru nak fikir. Then dia kata okay dia tunggu. Sejak tue nampak la dia mcm malas push aku dah. Huhu. Nie bila mak ayah dia sendiri request kata nak datang merisik hujung minggu aku jadi speechless. Tak kan nak kata tak boleh. Malam tue jugak aku call mak bagitaw. Then mak kata okay nnt mak bagitaw abah. Aku takda laa harap apa2 pun sebab taw. Abah nak aku habis study dulu. Masa tue aku ingat lagi hari isnin.

Then cerita the end sekejap. Hahaha

Pastue hari rabu. Aku baru bangun tidur letih balik posting around pkul 4 petang mcm tue. Dapat wsap drpd kak eja and wechat adik aku mimi. Mak abah dekat rumah wan tengah sembang! Hahhaha. Mana tak terkejut beruk aku. Mak kata saja singhah alang alang pegi rumah sedara kat sana. The depa pun sembang la hal orang2 tua. Pastue malam tue aku call mak. Tanya laa apa semua. Mak kata jadi sabtu nie. Then aku mcm what! Hahahaha. Tak sangka sbb abah bagi greenlight! Susah okay. Huhu

Sebab tue aku kata engagement aku nie unplan. Semua aturan yg maha Esa. Huhuhu. Harap harapnya semua dipermudahkan urusan and kami dapat lalui fasa pertunangan nie dengan baik. ☺️





Senyum kemain lebaq Encik Tunang nie :p

MY BUAH HATI DUNIA AKHIRAT :*
Thank you for reading this entry! ;)

Sunday, December 18, 2016

Final Year!

Assalammualaikum.

Hye, lama rasanya tak menaip. Hahaha. Busy sangat dengan life as a student nurse. Pejam celik pejam celik final year dah aku pun. :)

Alhamdulillah.. Syukur sangat atas nikmat Allah selama nie. Sekarang pun dah hujang semester 5. Not more than a month je lagi nak final exam. Takut jugak laa sebab subject neuro susah nak mati and aku banyak sangat tak paham. Lecturer mengajaq pulak tak bersungguh. Main baca jaaa kat slideshow. T___T

Tapi takpala moga moga semuanya dipermudahkan urusan. In Shaa Allah aku boleh buat. Doakan aku ya!


Btw, baru baru nie aku and 21 orang classmate aku yang lain dipilih oleh coordinator nursing untuk job interview di Prince Court Medical Centre! Taktaw nak rasa apa sebab tak target pun nak cari job dekat KL. Kalau boleh nak dekat dengan kampung ja senang boleh selalu balik kampung tengok mak and abah. Tapi mak kata ambik je peluang yang ada. Tambah zaman sekarang tak boleh sangat nak memilih kerja kan. Kirija aja lahh serupa bangla demi sesuap nasi.

Actually that interview will be held on tomorrow. And sekarang baru aku terketaq ketaq nak buat preparation. Baru nak cari semua result untuk previous semester. Nampak sangat bukan seorang well organize di situ. Sila jangan contohi saya hokayy! :p

And past few days ada la jugak google image pasal hospital nie. Makkk aiii.. intertior design macam hotel kot hospital pun. Mati aku nak kerja dengan orang orang kaya andai kata rezeki aku dekat sini. Takutttttt!!!!! T___T


Tengok la enterance dia saja pun. Cantikk! 









Siap ada penyambut tetamu. >.<
 Okay setakat situ ja cerita untuk entry kali nie, lama sangat tak bercerita sampai aku jadi kekok nak cerita apa. Actually banya benda tapi banyak jugak yang lupa. Hihi. :p

Thanks for reading! ;)



Sunday, November 16, 2014

BERHATI-HATI DENGAN 4 MAKANAN INI !

Assalamualaikum.

Oke, sekarang cek nak habaq mai yang hangpa semua kena berhati-hati dengan 4 jenis makanan nie. Ehh, silap silap ! Bukan hangpa semua. Tapi KITA SEMUA syira ! Pasai pa cek kata lagutue ? Pasai 4 makanan nie isdevelyvelydangelesyouknow! *word baru

Haaa, so let us cekidaout apa jenis 4 makanan ituewww.

1. MEE SEGERA
Tahu tak kenapa mee segera boleh tahan lama dalam keadaan keras dan akan menjadi lembut apabila direndam dalam air panas ? Ini disebabkan oleh kandungan wax (lilin) dalam mee tersebut yang membolehkannya tahan lama. Katakanlah, hari nie hangpa makan mee segera, dan esoknya hangpa duk rasa macam nak makan mee segera lagi. JANGAN MAKAN OK ! Pastikan hangpa makan 3 hari berikutnya kerana wax mengambil masa selama 3 hari untuk dihadam. 3 hari wey perut kita kena bekerja ! hangpa denga dakk ! UNTUK 3 HARI ! dah kenapa pulak aku nak emo-emo nie. -.-
And bayangkanlah kalau hangpa duk makan mee segera hari-hari, berapa banyak kandungan wax yang terkumpul dalam perut hangpa ? Dan ini sebenarnya boleh boleh menyebabkan kanser yang boleh membawa maut ! *i is cry bila dengaq pasai fakta nie. pasai aku dulu pun jahil pi telan maggi hari-hari masa awai-awai sambung study dulu kes tadak duit and takut nak minta kat mak ! T________T



2. SARDIN
Pemerhatian pertama atau kes pertama yang digunakan sebagai bahan bukti betapa buruknya amalan makan sardin ialah ketumbuhan fibroid di dalam rahim. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian tubuh yang lain. Sebenarnya, berdasarkan pemerhatian-pemerhatian lalu ini boleh dirumuskanseolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempohnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser sama ada benign atau malignan. Hmm... Kalau nak ikutkan, aku memang tak suka makan sardin and stok sardin memang mak ayah aku tak pernah beli pun kat rumah tue. Tapi sejak duduk rumah sewa nie aku terpaksa makan sardin. Pasnie memang taknak makan dah!



3. MINUMAN 3 IN 1
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa seorang yang minum sebanyak 20 gelas 3 in 1 dalam masa sebulan berpotensi untuk menghidap lebih dari 60 jenis penyakit kronik. Berdasarkan kajian yang telah dibuat sejak 10 tahun dahulu ke atas satu pek minuman coklat 3 in 1 seberat 28 gram, terdapat 55.6% kandungan gula di dalamnya yang bersamaan 3 sudu the manakala kopi (20gram) ialah sebanyak 51.5% kandungan gula bersamaan dengan dua sudu the gula. Besar kemungkinan kadar kandungan gula yang dimasukkan dalam pek itu kini ditambah sebnayak dua kali ganda selain krimmer. Memang ngeri sebab aku suka minum milo 3 in 1 lah, nescafe 3 in 1, kopiko 3 in 1 lah dan berbagai-bagai jenis 3 in 1 yang aku dah hentam! i is cry again! T_____T



4. PANADOL
Panadol adalah ubat yang bertoksik kepada tubuh manusia. Ia akan merosakkan organ hati dan Panadol akan tinggal di dalam tubuh manusia selama sekurang-kurangnya 5 tahun ! Panadol nie sebenarnya adalah sejenis "pain killer", semakin banyak kita consumed, semakin lma semain kurang kesannya pada badan kita. Beerti kita perlukan dos yang lebih lagi bila ia kurang berkesan. Untuk wanita, kita akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan orang yang terpaksa melahirkan anak secara bedah, ubat tahan sakit yang diberi mestilah tinggi dosnya. Tapi kalau dah terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup dos ubat tahan sakit yang diberi tadi akan memberikan kesan sifar terhadap kesakitan yang kita alami dan kita perlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit.


So seboleh bolehnya elakkan la 4 jenis makanan kat atas nie. Cari la makanan alternatif lain macam roti (terutama roti serat) biskut, dan lain yang bukan makanan segera. Sayangi diri kita, kalau dah sakit nanti lagi banyak duit yang kita kena keluarkan..


Nie lah maggi paberet aku. Sehari boleh hentam 2 bungkus ! T_______T


p/s: terasa nak termuntah pulak bila scroll atas tadi tengok aku tulis MEE SEGERA? maggi cukup lah. dah baku sangat kenapa syira ? ahh apa apa jelah labu.


Thank you for reading this entry !

Saturday, November 15, 2014

Misi Syira dah bersedia turung padang.

Assalamualaikum.

Dear Miss blog,

Nak taw tak yang next week kita dah nak posting? Macam cepat sangat je kan masa berlalu. Aku baru je rasa yang aku baru menjejakkan kaki dalam Universiti nie. Pejam celik pejam celik dah posting. Sungguh tak terasa.

Cakap pasal posting, aku memang excited gila! Tapi dalam pada masa yang sama aku takut jugak. Haaa, acano tue? Yelah, mesti lah takut kan. Bayangkan yang aku akan berhadapan kerja yang melibatkan nyawa orang. Ini kerja talak boleh main-main woo. Apa-apa yang berlaku terhadap patient tue nanti adalah menjadi tanggungjawab aku. Ya Allah, sungguh aku taktaw boleh kah aku pikul amanah nie. Aku harap sangat aku boleh lakasanakan tanggunggjawab aku nie dengan sebaik mungkin. In shaa Allah.. Think positive syira. Aja aja fighting ! ;)

Haa, kalau nak taw, aku posting dekat Hospital Raja Permaisuri Bainun. Aku pernah datang sini sekali hari tue dengan nawal sebab kes kami excident dengan memakai baju nurse hokay! "NURSE PUN EXCIDENT KE ?" kata sorang makcik yang nampak aku dan nawal dalam keadaan belemoih dan berdarah-darah. Berdesing je telinga aku masa tue. Nasib aku tak bidas kat makcik tue cenggini "habis makcik, nurse bukan manusia lah ye ?" so typical malaysian!
Ehh, dah kenapa hang nak emo-emo pulak nie syira. Nak cerita pasal posting kan dah melalut sampai kes excident sambil emo-emo pula. haihhh.

And one more thing, ramai tanya cepatnya aku dah practical walhal baru masuk sem 1. Nak buat macm mana dah syllabus kami memang macam nie. Aku pun taktaw. Tapi apa yang best nursing memang best sebab tak boring. Yelah, takdelah asyik dengan kelas theory je memanjang kan. Setiap sem kami akan ada posting and dalam seminggu tue kelas beberapa hari sahaja. Hari lain masuk skilllab untuk buat practice of nursing. Syokk woo. hikhik. 

Oke lah miss blog, sampai sini jelah dulu aku luahkan apa yang ada dalam hati aku nie dekat hang taw. Nanti bila dah practical iolls cerita pengalaman iolls okeh. Stay tuned ! :D




In shaa Allah misi Syira dah bersedia untuk rawat pesakit. Jangan takut dengan misi Syira naa. Misi baik-baik ja. tak garang aihh :p
                                         



p/s: Tolong doakan yang syira boleh buat yang terbaik untuk patient taw. In shaa Allah. Ameen.


Thank you for reading this entry !

Friday, September 5, 2014

New Life in UniKL Royal College of Medicine Perak ;)

Asslamualaikum :)

Hye semua. Sihat ke ? Harap-harap korang sihat la eh. Kalau tak sihat macam mana nak baca blog tahpapa aku nie. LOL.

Inro pun dah kelaut. Haihh. Haha. Oke, gah sangat title aku kali nie kan. *gahkemasalahnye ?
Hihi. Apa-apa jela. Stop merepkz la syira. Tawu lah takleh tido kannss.

Hmm.. Memandangkan aku baru je further study aku 3 bulan yang lepas, so aku nak share lah sikit apa perasaan selepas menjadi university student nie. Best tue best lah. New environment, new friends and new abang-abang hensemmm! Hahahahaha. Macam gampang je hang kan syira. Aku gurau je ahh.

Oke, dekat UniKL RCMP nie aku ambik course Nursing. One of my wishlist  career after doctor. Tak dapat jadi doctor, jadi nurse pun oke lah. Still boleh bantu orang what. Result SPM pun kelaut nak jadi doctor. Memang mimpi lah kan. Huhu. Tapi aku seronok bila tengok ramai classmate aku masa form 5 will become a doctor and salah sorang nya kawan baik aku sendiri Naziha. Happy with you darl ! Nanti iolls jadi nurse you okeh ;)

Hmm. Dekat RCMP nie TAK BEST PUN sebab.. pengurusan macam tahi. Sorry kasar sebab benda adalah hakikat! Sapa yang study sini je akan rasa oke. But, I'm not sure lah kan kalau ada some of you yang oke with it. Tapi, aku yang alami selama 3 bulan nie pun dah rasa peritnya kat sini. Macam mana lah nak continue selama 3 tahun lagi kat sini. Semoga Allah tabahkan hatiku untuk tempuhi liku-liku hidup kat sini.

Pasai apa aku kutuk management RCMP ? Sebab memang sangat teruk. Aku malaih nak cita apa deba buat sebab satgi hampa meleleh ayaq mata pulak. Aku dah ahh tadak bajet nak sedia tisu untuk hampa. So, better aku peram dalam hati sorang-sorang ehh..

Tapi apa-apa pun sebabkan harapan mak and abah yang susah payah hantaq aku sambung belajaq nie jugaklah buatkan hati aku terus cekal. Ignore je semua masalah tahi-tahi tue. And salah satu sebab yang buat aku bertahan ialah apabila aku dapat roommates yang dua kali lima sepuluh, gila, sekepala macam aku jugak. That is, Nawal si pandai, Nafisah si mulut murai serta Khalisha si kuat gelak. They are important for me! Terima kasih Allah kerana Engkau kirimkan orang-orang baik seperti mereka untuk berada disisiku. ;')




Oke, nie lah Khalisha. Budak Terengganu. :)




Nie pulak Nafisah. Budak Kuala Nerang, Kedah :)



Dari kiri, Khalisha, Nafisah, Nawal, Effa and minah gegeh. :p




Masa nie majlis berbuka dekatTasek Campus.




Oke, ada kelas mandarin dekat Tasek Campus.




Bersama Nawal, teman kayangan. Pasaipa teman kayangan ? Pasai dia dgn aku sama-sama tidoq katil tingkat atas umpama berada di kayangan. :p




Enjoy tengok wayang masa nie. The Guardia of Galaxy. Best !




Selfie dalam kelas. Satu kelas ada 76 orang. Ramai gila :p




Aku still paling over. Biasalah. :p



Jamuan raya course Nursing sahaja.




Senyum pelishhhhh.




Hari last day kat ipoh sebelum semua balik bercuti short sem. Maka tamatlah short sem kami hari itu.



Selfie hari last kelas. Lepas nie takleh pakai baju bebas dah sebab long sem nanti uniform dah siap. Hee. So, excited !


Oke, sampai sini je dulu entry aku kali nie. Jam pukul 12.14 a.m. iolls nak bobok dah. Nantoknya!
Nites all. ;*

Thank you for reading this entry !


Monday, September 1, 2014

Saturdate with Twin !

Assalamualaikum.

Hye korangz! Lamanya aku tak update blog kan. Wuuuu.. Dah berhabuk dah pun blog aku nie haa. Sorry lah yeee.. Lately nie iolss busy sikit. *busylahsangat.

Haha. Errrr.. oke. Nak tulis apa pun tak taw dah. Skill menulis tadak dah. Otak pun karat. Oke, semua pun taw kan bulan Mac lepas aku dipaksa rela untuk mengikuti PLKN. So, thats why lah aku tak boleh update blog tercinta aku nie selama 3 bulan. Yelah dah duk tang ceruk hutan mana lah dapatnya nak hupdate blog nie kan. Lepas habis PLKN pulak aku busy dengan hal nak sambung study aku. Alhamdulillah, dapat jugak aku sambung belajar. Syukur Ya Allah. Dah 3 bulan dah pun aku jalani life as a university students. Memang best sangat! Patut lah semua orang suruh belajar rajin-rajin supaya nanti dapat masuk universiti.

Oke, sebenarnya aku sambung belajar dekat Universiti Kuala Lumpur, Royal College of Medicine Perak. Course apa? Nanti lah aku update blog pasal life aku setelah menjadi student nie okeh. And life kat PLKN pun nnt aku cerita. Kena buat satu entry sebab bukan senang nak recall cerita hat berbulan yang lepaihh.

Sekarang nie aku tengah cuti 2minggu sebab baru je habis final exam. Result short sem nie pun dah dapat. Alhamdulillah, syukur aku happy sangat dengan result aku tue walaupun takdalah seberapa. Terima kasih ya Allah :') Seminggu dah pun bercuti di rumah baru sekarang aku nak update. Kehkehkeh. Pemalasnya aku kan.

And, dah nama pun cuti dapat lah jugak aku date dengan kembaq lain pak dan mak aku iaitu Atikah! Pasaipa aku kata dia kembaq aku? Pasai kat sekolah dulu orang selalu tertukaq aku dengan dia. Depa jugak selalu tanya kami nie kembaq ka. Kembaq pon kembaq lah. Tapi dia double comey lagi daripada aku. Suka gelak tak hengat dunia. Aku nie seriyes ja memanjang. Wuuu..


Haa, nie dia lah kembaq aku. Hat sebelah kanan aku tue lah atikah. Cheerful like always☺
Hat sebelah kiri aku tue adik aku naa.









Actually, atikah dengan aku lebih kurang sama ja ketinggian kami. Tapi dah aku pakai heels masa nie so nampak aku terextra tinggi lah pulak. Kikiki. 

Kami date dekat sunway jaa. Atikah yang drive. Syoknyaa bila tengok orang lain boleh drive merata dah. Aku nie bila lah pulak. Haishhh. Esok dah la aku test JPJ! Takutnya ya Allah. Korang doakan aku tawwww.. 




Haa, selfie sat dengan adik sementara tunggu budak atikah tue shopping.

Macam-macam aihh si atikah tue shopping sampai aku pun dah letih. Padan muka aku jugak sapa suruh galak sangat pakai heels pi mall. kuikuik. :p







Nie semua selfie versi penat punya. 


Balik-balik penang saja la nak menggedik sat buat photoshoot kat rumah. *gegehsangatkan.



Inilah rumah sayewwwwww. :p


Haha. Apa-apa pun we are having fun on that day. Seronok sangat ! Maklum lah, lama dah tak jumpa. Huhu. In Shaa Allah nanti kita jumpa lagi ya atikah ;)
So, sampai sini jelah dulu entry aku untuk kali ini. Malaih dah nak tulih. Lagipun update pakai phone ja nie. Tak berapa nak puaihh orang kata. K, till we meet again soon !

Thank you for reading this entry !


Tuesday, April 1, 2014

Review : Daily Skincare Routine

Asslamualaikum.

Oke, lama dah sebenarnya aku nak buat entry pasal nie. Tapi duk peram-peram dalam otak bukannya dalam draft.

So, hari nie nak share lah sikit dengan hangpa produk apa yang aku guna untuk tidak membenarkan jerawat membiak dengan jayanya.

Untuk pengetahuan semua, kulit aku nie sangat bermasalah since aku standard 6 !

Yaa, mungkin disebabkan hormone setelah puberty. Tapi lama jugak la kulit aku nie nak jadi macam manusia balik. Tsk :')

Kulit aku nie boleh dikategorikan kulit berminyak dan jerawat. Nie masalah yang paling takleh elak. Nak-nak lagi bila dah dekat menstruation. Memang la jerawat nie akan bagi hazab dekat muka aku. Mula la nak menempek merata-rata tempat. Mencikk taw!

Tapi, kulit jenis berminyak nie beruntung taw sebab boleh malambatkan proses penenuaan berbanding orang yang kulit kering or normal. So, siapa-siapa yang sama jenis kulit macam aku jangan bersedih hati sebab we'ols akan sentiasa kelihatan sweet seventeen. yeyeyeye! :p

Oke, berbalik kepada topik. Dulu-dulu kulit aku sangat berjerawat. Seriyes sedih sangat. Keyakinan diri pun tadak. Rasa benci ja dekat diri sendiri bila tengok cermin. Actually benci dekat jerawat oke. Malu sangat weyhhh! Allah ja yang taw perasaan aku masa tue. Macam-macam benda aku tempek kat muka aku nie untuk pulihkan. Dari benda yang mahal hingga lah ke yang murah. But nothing works! :(

Tapi setelah masuk form three tak silap. Aku jumpa skincare product yang betul-betul sesuai dengan aku. Harga pun affordable lah jugak since dia tahan berbulan-bulan. Syukur alhamdulillah. Happy jugak la bila orang tegur jerawat semakin kurang. Mungkin hormone aku pun dah mula stabil. So, kulit pun tadak meragam sangat. Sekarang cuma tinggal parut serta bekas jerawat je yang nak heal completely. Insyaallah. :)

Product yang aku cakap sesuai dengan muka aku tue ialah Irise Intensive White. Tapi sekarang aku tak guna dah product nie. Tak guna bukan sebab ada effect ke hapa ye. Tapi sebab tak larat nak support. Huhu. Dulu boleh lah jugak beli sebab sekolah kan. Hari-hari duit poket masuk. Boleh jugak buat saving. Tapi, since dah 'tanam anggur' nie aku jadi tak mampu nak beli. Nak mintak kat mak pun macam serba salah.




Product Irise tue aku paling suka toner dia. Seriyes best gila ! Nampak sangat pores aku makin mengecil. Harga RM28.90.

Moisturizer dia lagi la Ya Allah. Best tak hengat sebab texture dia yang mild. Terus serap kat kulit muka and tak berminyak sangat. Yelah, kulit aku susah benor nak cari pelembab yang sesuai sebab nanti muka mesti jadi tangki minyak. Sedih! Harga RM31.90

Tapi dia punya cleanser tak sesuai dengan kulit aku. Jadi tegang, lepas tue naik jerawat ! :(
So, for cleanser aku pakai Garnier. Sangat sesuai! Terus setia dengan garnier. hehe. Harga 10.90

Maybe nanti akan continue balik bila duit sudah mengalir masuk.

Untuk sekarang, aku pakai je yang murah-murah dulu. Stok beli tapi tak pernah pakai. huhu

1. Cleanser
Untuk cleanser aku masih setia dengan Garnier Facial Foam. Tak bernani try yang lain sebab kulit aku nie mengada-ngada. -____-
Harga RM10.90


2. Toner
Untuk toner pulak aku baru ja beli nano white refining treatment toner. boleh la tahan. tapi tak best macam irise sebab irise terus spray kat mukan then tepuk-tepuk je  kat muka. kalau nano nie kena pakai cotton. so leceh. Harga RM19.90



3. Moisturizer
Actually tadak moisturizer so aku jadikan krim pencerah safi sebagai pelembab aku. wakaka. Alaa, lagipun takyah membazir. Entah sapa punya aku sebat. Sapa suruh tak pakai. Tapi oke la. Just nak bagi kulit moist balik je after cleanse. Tadak la bagi effect putih pun. Tak kisah la pasal tue. Janji tak naik jerawat!
Harga RM4.50

4. Sunblock
Dulu aku tak pernah pakai pun sunblock. Tapi setelah mempunyai kesedaran yang tinggi tentang manfaat sunblock cepat-cepat aku beli. Sunblock nie dapat melindungi kulit kita daripada UV ray which is not good for your skin. Dapat mengelakkan kulit daripada gelap, tona tidak sekata, melambatkan penenuaan dan banyak lagi weyh! Pegi beli cepat. Jangan malas-malas pakai sunblock dah lepas nie hokayyy. Beauty is Pain! Aku pakai Biore'. Seriyes memang best! texture dia sangat mild. Rasa macam tak pakai apa-apa. :)
Harga RM23.90


******

Oke, yang tue untuk basic ja taw. Kalau aku keluar ke mana-mana aku akan add some few things.

5. BB Cream
BB cream penting oke teman-teman sebagai base make up. Aku selalu tukar-tukar jenama BB nie. Tak penah specific. Tapi paling best aku penah pakai, aku rasa Irise punya BB cream. Seriyes pakai sikit pun kulit kau meletop dah. Harga pun meletop lah. Nak beli lagikkkk nanti ! Yang terkini aku pakai silkygirl water gel. keluaran terbaru from silkygirl. dalam banyak-banyak bb cream silkygirl, yang nie paling best. texture dia mild macam air! yalah, nama pun water gel kan. Harga RM20.90



6. Press Powder
Press powder nie aku beli lama dah. Brand Silky White. Just dap dap sikit je kat muka sebab aku nak jadikan dia macam loose powder. Harga murah sangat. Beli kat farmasi masa tue. Harga RM7.90


7. Maybelline Clear Smooth All In One Powder
Then barulah aku dap bedak maybelline nie. Suka jugak bedak nie sebab bila kulit berminyak dia blend cantik. Oke la jugak dengan harganya yang berpatutan. Aku selalu beli refill punya. Harga RM9.90


8. Lip balm/ Lipstick
Akhir sekali aku akan oleskan either lipbalm or lipstick dekat bibir. Depends on occasion la kan. Kadang-kadang aku pakai dua-dua sekali for better finishing. :)

Then, here you go. Boleh la keluar rumah dengan yakin! ;)


Gambar tekini dengan menempek segala benda di atas.

p/s : Orang Perancis kata Beauty Is Pain! dan aku mengakuinya. 

Thank you for reading this entry !

Got engaged! 💍

Assalammualaikum. Alhamdulillah, finally the person who said that he loves me really showing his effort. Dia betul betul tunjuk that all w...